Allah SWT berfirman:
"Katakanlah, jika kamu menyintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu..."
[Ali 'Imran, 3:31]
Ketahuilah bahawa mahabbah seorang hamba kepada Allah SWT dan Rasul-Nya bererti ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Adapun mahabbah Allah kepada hamba adalah pemberian nikmat-Nya kepada hamba itu berupa ampunan. Dikatakan bahawa jika seorang hamba tahu bahawa kesempurnaan hakiki hanyalah milik Allah dan setiap kesempurnaan yang dia lihat dari dirinya atau dari orang lain adalah dari berkat pertolongan Allah jua, tentu cintanya hanyalah untuk Allah. Dia taat kepada-Nya dan suka sesuatu yang mendekatkan diri kepada-Nya. Kemudian mahabbah itu terwujud pula dalam bentuk taat dan patuh kepada Rasulullah SAW dalam ibadahnya.
Al Hasan telah berkata: Beberapa kaum di zaman Rasulullah SAW berkata, "Ya Muhammad! Sungguh kami mengasihi Tuhan kami." Kemudian Allah menurunkan ayat tersebut.
Dirawikan dari Basyir Al-Hafei r.a., dia berkata: Dalam tidur aku melihat Nabi SAW. Baginda berkata, "Wahai Basyir. Tahukah engkau sebab apa Allah mengangkatmu melebihi teman-temanmu?" Basyir menjawab, "Tidak, wahai Rasulullah." Lalu baginda berkata, "Adalah disebabkan khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku." Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mendhidupkan sunnahku bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga."
Dalam Atsar yang masyhur disebutkan bahawa orang yang mahu berpegang teguh pada sunnah Rasulullah SAW di saat manusia telah rosak dan mazhab berpecah belah, maka baginya pahala seratus syuhada'. Demikian dalam kitab 'Syur'atul Islam'. Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap umatku masuk Syurga. Kecuali orang yang tidak mahu."
Para sahabat bertanya, "Siapa yang tidak mahu itu, ya Rasulullah?"
Rasulullah SAW berkata, "Orang yang taat padaku masuk Syurga. Adapun orang yang derhaka padaku bererti dia tidak mahu (masuk Syurga). Setiap amal yang bukan atas sunnahku adalah maksiat."
Sebahagian mereka mengatakan: Jika engkau lihat seorang Syeikh terbang di angkasa atau berjalan di lautan atau memakan api atau ada keistimewaan lain, sedangkan dia masih meninggalkan sebahagian fardhu atau sunat, maka keanehan itu adalah 'istidraj'. Na'uzubillah. Telah berkata Imam Junaid r.a., "Tak seorangpun sampai kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah dan jalan untuk wushul (sampai) kepada Allah adalah mengikuti Nabi SAW." Telah berkata Ahmad Al-Hawari r.a., "Setiap amal tanpa mengikuti sunnah adalah batil. Seperti yang dikatakan Rasulullah SAW:
"Siapa yang meremehkan sunnahku, maka haram syafaatku baginya."
Demikian dalam kitab 'Syur'atul Islam'.
Diceritakan ada seorang lelaki melihat salah seorang majnun melakukan sesuatu yang dia tidak mengerti. Dia ceritakan kepada Makruf Al-Kirkhi. Maka beliau hanya senyum lalu berkata, "Wahai saudaraku, Dia punya kekasih yang kecil dan besar, yang berakal dan gila. Maka yang kamu lihat itu adalah sebahagian dari mereka yang gila."
Fudhail r.a. berkata, "Jika kau ditanya, apakah engkau mengasihi Allah? Maka diamlah. Jika kau jawab tidak, maka kafirlah engkau. Jika kau jawab ya, maka itu bukan adab orang muhibbin." Telah berkata Sufyan r.a., "Siapa menyukai orang yang menyukai Allah, bererti dia menyukai Allah. Siapa memuliakan orang yang memuliakan Allah, sama dengan dia memuliakan Allah." Telah berkata Sahal r.a., "Tanda cinta Allah adalah cinta Al-Qur'an. Tanda cinta Allah dan Al-Qur'an adalah cinta Nabi SAW. Dan tanda cinta Nabi SAW adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat."
Abul Hasan Al-Zanjani berkata, "Pokok ibadah itu pada tiga tiang; mata, hati dan lisan. Mata mengambil ibarat, hati berfikir dan lisan berkata dengan jujur, bertasbih dan berzikir. Seperti Allah telah berfirman:
"...ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya di waktu pagi dan petang."
[Al Ahzab, 33:41-42]
Fudhail bin Iyadh ditanya, "Wahai Aba Ali, bilakah seseorang itu soleh?" Dia berkata, "Jika ia menasihati niatnya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya." Ketika Nabi SAW mikraj, Allah SWT berfirman kepada Nabi SAW, "Ya Muhammad. Jika kau ingin paling warak, zuhudlah akan dunia dan cintailah Akhirat." Nabi SAW berkata, "Tuhanku, bagaimana aku zuhud akan dunia?" Allah berfirman, "Ambillah dunia sebagai makanan, minuman dan pakaian. Jangan kau ambil untuk esok dan selalulah berzikir pada-Ku." Nabi SAW berkata, "Ya Tuhan, bagaimana aku berzikir pada-Mu?" Allah berfirman, "Dengan menjauhkan diri daripada manusia. Jadikan solat sebagai tidurmu dan lapar sebagai makananmu." Rasulullah SAW bersabda, "Zuhud akan dunia meringankan hati dan badan. Dan menyintainya memperbanyak kedudukan dan keprihatinan. Suka dunia adalah sumber segala kesalahan. Dan zuhud akan dia adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan."
Bahawa Ba'dhus Solihin lalu pada sekumpulan orang. Di situ ada tabib. Maka dia berkata, "Wahai tukang mengubati jasad! Apakah kau boleh mengubati hati?" Tabib itu berkata, "Boleh, katakan padaku apa penyakitnya?" Lalu dia berkata, "Dosa telah membuat hati gelap hingga keras dan kering." Lalu tabib berkata, "Ubatnya adalah tadhorruk (merendah diri) dan istighfar di tengah malam dan waktu petang, segera taat kepada Allah dan mendekatkan diri pada-Nya. Itulah ubat hati dan pembalut segala cela." Lalu Ba'dhus Solihin menjerit dan berlalu sambil menangis dan berkata, "Engkau telah mengubatiku." Lalu tabib berkata, "Inilah ubat hati orang yang bertaubat dan kembali dengan hatinya kepada Zat Penerima taubat."
Seorang lelaki membeli seorang hamba. Maka hamba itu berkata, "Wahai tuanku, aku punya tiga syarat untukmu. Pertama, tuan jangan melarangku solat maktubah, jika telah datang waktunya. Silakan tuan memerintahku di siang hari tapi jangan di malam hari. Sediakan tempat untukku di rumahmu yang tidak boleh masuk ke situ selain aku." Lelaki itu berkata, "Baik. Akan kupenuhi permintaanmu." Apabila sampai di rumah lelaki itu, si hamba itu pergi mencari bilik yang sesuai untuknya. Tiba-tiba si hamba berkata, "Aku memilih yang ini." Maka lelaki itu berkata, "Mengapa kau memilih bilik yang buruk dan rosak ini?" Si hamba berkata, "Yang rosak ini apabila aku bersama Allah adalah seperti taman." Dia lalu mengabdi pada tuannya di siang hari dan beribadah pada Tuhannya di malam hari. Pada suatu ketika, tuannya berjalan sampai ke bilik hambanya. Bilik itu nampak terang dan hambanya sedang sujud. Di kepalanya ada sapu tangan dari nur tergantung antara langit dan bumi. Sedang si hamba itu bermunajat kepada Allah seraya berkata, "Ya Tuhanku, Engkau pikulkan beban atasku untuk tuanku. Maka aku mengabdi padanya di siang hari. Jika tidak tentu aku mengabdi pada-Mu siang dan malam. Ampunilah aku." Tuannya melihat dia sedemikian rupa sampai pagi. Lalu dia kembali dan menceritakan hal itu kepada isterinya. Pada malam kedua, dia mengajak isterinya mengintai di bilik itu dan melihat si hamba sedang sujud dan sapu tangan berada di atas kepalanya. Maka mereka melihat dan menangis sampai pagi. Lalu mereka memanggil si hamba itu seraya berkata, "Aku merdekakan kamu kerana Allah hingga engkau boleh beribadah kepada-Nya dengan lebih banyak." Lalu si hamba itu mengangkat tangan ke langit seraya berkata,
"Wahai Pemilik rahsia, sesungguhnya telah terbongkar. Aku tak ingin hidup setelah termasyhur."
Kemudian dia berkata, "Ya Tuhanku, kuminta mati saja." Maka kemudian si hamba itu jatuh lalu mati. Demikianlah ehwal orang-orang soleh.
Dikatakan: Ma'rifat sesungguhnya adalah menceraikan dunia dan Akhirat dan hanya menginginkan Maula. Dia mabuk oleh minuman mahabbah, hanya sedar setelah melihat Allah. Dia di atas nur dari Tuhannya.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar