Kamis, 23 Mei 2013

Ilmu Itu Bukan Yang Dihafal Tetapi Yang Memberi Manfaat

IMAM ASY SYAFI'I

Ilmu itu umpama madu,
semua pasti mencari,
semua pasti dambakan manisnya tetap kekal,
buat semua tertarik, nilainya tiada tara,
hadir pasti dijunjung, hidup pasti disanjung,
martabat tinggi menggunung
mana pergi jadi penaung…

Ilmu itu satu nikmat yang tak boleh dibeli di kedai-kedai.
Hatta berlian setinggi gunung everest, ia takkan dapat dibeli.
Nikmat apabila ia diamalkan dan disampaikan


Ilmu itu harta sebagai bekalan hidup untuk bertemu dengan pencipta,
ia tak boleh dikongsi, tetapi boleh digunakan,
tetapi tidak sama seperti orang lain, sama tapi tak serupa.

Ilmu itu cahaya yang menerangi hati nurani insan yang ingat kepada PenciptaNya, dalam mencapai kemanisan di hari kemudian, kita harus cekal menghadapinya..

Ilmu itu cahaya,
Jahil itu bahaya,
Penampilan menarik menjadikan kita bergaya,
Penguasaan ilmu menjadikan kita berjaya.

Usah kita padamkan cahaya itu
Itu penunjuk jalanmu
Pastikan ia terus bersinar
Agar terang jalanmu jalan tuju ke destinasi milik abadi

Tanpa ilmu, pandangan akal akan kabur,
Air liur tersembur, tetapi kata-kata berterabur,
Impian lebur, dan cita-cita akan terkubur.

Tanpa ilmu,
Aura pengaruh malap,
Masa depan kian gelap,
Dan kerja sentiasa tersilap.

Ilmu itu terlalu luas,
Hinggakan jika air laut dijadikan dakwat,
Akan keringlah ia
Bahkan masih ada lagi ilmu yang lain…

Artikel Terkait:

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar