Kamis, 09 September 2010

KIKIR DAN BAKHIL SUMBER BENCANA

Menjadi kaya tidaklah salah, tetapi ketika seseorang sudah diberikan kelimpahan harta maka mereka akan berubah menjadi kikir dan bakhil pada sesamanya. Mereka menganggap harta yang dikumpulkannya akan membuat hidupnya kekal dan abadi. Padahal sesungguhnya tidak ada satupun yang abadi di bumi ini. Saidina Abu Bakar r.a. yang bermaksud, orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini:

1. Allah swt memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah swt akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran,kecurian, banjir dan sebagainya.
3. Setelah dia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka yang empergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah swt akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya lagi.
6. Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
7. Allah swt meninggikan syahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.


Artikel Terkait: