Selasa, 11 Januari 2011

ASAL MULA WUJUD JIN DAN MANUSIA

Ciri‐ciri Wujud Manusia dan jin :

Makna thaqolain ialah jin dan manusia. Kedua‐duanya merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t yang paling unik. Keunikan mereka ialah karena jasad mereka dipasangkan akal dan roh. Namun begitu keunikan jin dan manusia tidak mungkin akan terserlah selagi roh mereka dibelenggu dengan asal kejadian jasad. Asal kejadian jasad adalah penyanggah. Dia tetap akan mendurhaka kepada Allah s.w.t. Justru, untuk bebas daripada sifat‐sifat penyanggah maka hendaklah jin dan manusia kembali kepada asal kejadian roh. Manusia dijadikan daripada dua jenis iaitu roh dan jasad.

1 ) Roh

Roh terbagi atas dua yaitu:



I ‐ Roh tabi’i

Roh tabi’i adalah satu kejadian uap atau gas yang keluar dari dalam hati kasar atau jantung. Uap atau gas itu berjalan ke seluruh bagian urat saraf di dalam tubuh manusia. Roh seperti ini disebut nyawa. Roh jenis ini tidak sedikitpun bernilai di sisi Allah s.w.t.

II ‐ Roh daripada alam kejadian keanehan yang dibahasakan kepada Latifah Rabbaniyyah.

Roh jenis ini adalah satu jisim yang tersangat halus bentuk rupanya samalah seperti rupa tubuh badan yang kasar. Kejadian roh bagian kedua ini tidak ada siapapun yang mengetahui dari jenis apakah ia dijadikan dan bagaimanakah ia diramukan. Inilah yang terdapat di dalam maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah al‐Isra’ ayat 85:

Maksudnya: “Mereka akan bertanya kepada mu wahai Muhammad tentang roh, katakanlah olehmu roh itu adalah daripada urusan pekerjaan Tuhanku”.

Roh jenis ini telah mengaku dan mengenal keesaan, keagungan dan kebesaran Allah s.w.t dengan sepenuh‐penuh Haqqul Yaqin dan ketika itu roh belum disatukan dengan jasad seperti mana yang terdapat di dalam maksud firman

Allah s.w.t di dalam Surah al‐A’raf ayat 172:

Maksudnya: “Allah s.w.t bertanya kepada sekalian Arwah bukankah aku Tuhan kamu, maka dijawab oleh mereka sekalian bahkan kami telah menyaksikan engkaulah Tuhan kami”.

Asal kejadian roh inilah yang perlu kita ikut dan asal kejadian roh inilah yang perlu kita kembali. Maka apabila roh itu disatukan dengan jasad, sekiranya ia tenggelam di dalam kejadian jasad celakalah ia dan sekiranya jasad muafakat dengan asal kejadian roh maka berbahagialah ia.

2 ) Jasad

Jasad juga terbahagi kepada dua kejadian iaitu:

1.Jasad kejadian Nabi Adam a.s. yang terdiri daripada empat jenis iaitu:

i.. Tanah

ii.. Air

iii. Api

iv. Angin

2. Jasad asal kejadian manusia daripada Nabi Adam a.s. berasal daripada air yang hina seperti maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah As‐Sajdah ayat 8:

Maksudnya: “Kemudian Allah s.w.t jadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati daripada air yang hina”.

Daripada asal kejadian tanah, air, api, angin dan asal kejadian air yang hina ini terbentuknya satu jisim yang tersangat halus yang dinamakan nafsu dan ianya terbahagi kepada dua:

I. Nafsu yang derhaka yang dinamakan thaqal manusia dan terbagi pula kepada tiga jenis:

i. Nafsu Ammarah

ii. Nafsu Lawwamah

iii. Nafsu Mulhamah

II. Nafsu yang taat dan ianya telah muafakat dengan asal kejadian roh. Ia tidak dinamakan lagi thaqal manusia kerana tidak dibelenggu dengan asal kejadian jasad dan ia terbagi kepada empat jenis:

i. Nafsu Mutmainnah

ii. Nafsu Rodhiah

iii. Nafsu Mardhiyyah

iv. Nafsu Kamilah

Apabila kita dapat mencapai salah satu bahagian daripada nafsu yang taat pada ketika itu muafakatlah di antara asal kejadian roh dengan kejadian jasad dan pada ketika itu bebaslah jasad daripada nafsu‐nafsu yang derhaka. Asal sifat‐sifat derhaka ini keluar daripada nafsu yang derhaka dan ia dibahagikan kepada tiga bahagian:

I. Asal kejadian tanah, air, api dan angin. Asal kejadian inilah keluarnya berbagai‐
bagai jenis penyakit hati seperti takabbur, bakhil, ujub, sum’ah, riya’ dan lain‐
lain lagi.

II. Asal kejadian air mani yang hina.Hinanya air mani kerana tiga sebab:

i. Hina kerana penciptanya mengatakan ianya hina

ii. Hinanya kerana ia keluar dari saluran najis dari alat yang sulit

iii. Hinanya kerana ada titisan keturunan yang mungkin ada nenek moyang yang berdarah jin,
pembunuh, perompak, penzina, tidak menunaikan solat dan lain‐lain lagi.

III. Jin dan syaitan yang berdamping semenjak manusia dilahirkan seperti mana yang
tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w:

“Tidak ada seorangpun dari kamu wahai anak Adam melainkan diiringi bersamanya seorang kawan daripada jin (Ahraman) dan seorang daripada malaikat (Mulham). Para sahabat bertanya engkau juga wahai Rasulullah? jawab Rasulullah s.a.w:

“Akupun sama juga tetapi Allah s.w.t bantuku ke atasnya maka dia memeluk agama Islam dan dia tidak menyuruhku melainkan perkara‐perkara yang baik”.

Justeru itu, untuk keluar dari sifat‐sifat derhaka yang keluar dari asal kejadian nafsu yang derhaka hendaklah kita fana’ fi as‐Syeikh. Makna fana’ fi as‐Syeikh ialah mengikut susunan guru dan susunan murabbi dengan mematuhi segala aturan syariat dan thoriq. fana’ fi as‐Syeikh merupakan satu perkara yang penting kerana ia adalah permulaan untuk mengenal Allah s.w.t. Syeikh juga dipanggil mursyid atau murabbi.

Ta’rif Atau Erti Mursyid Dan Murabbi

Mursyid ialah seorang yang telah selesai dirinya daripada latihan kerohanian dan telah mencapai nafsu rodhiah, guru mursyid hanya mampu membimbing muridnya sampai kepada nafsu mutmainnah. Murabbi ialah seorang yang majzub yang telah selesai dirinya dari berbagai latihan kerohanian dan beliau telah mencapai nafsu mardhiyyah atau kamilah. Guru murabbi berkemampuan membimbing muridnya sampai kepada darjah mutmainnah, rodhiah, sehingga mardhiyyah.

Perkara Yang Perlu Fana’ Fi As‐Syeikh ;

Di antara tunjuk ajar Syeikh yang wajib dan perlu dipatuhi bagi seseorang yang hendak memasuki perjalanan kesufian hendaklah berselawat ke atas junjungan besar Nabi s.a.w sebanyak 40,000 kali. Pengajaran itu sejajar dengan perintah Allah s.w.t kepada sekalian mukmin di dalam Surah Al‐Ahzab ayat 56:

“Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Wahai sekalian orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w“.

Bilangan Selawat Yang Perlu Dilakukan

Bilangan selawat sebanyak 40,000 kali adalah untuk membersih darah kejinan dan darah keturunan pembunuh, perompak, penzina, tidak menunaikan solat dan lain‐lain lagi. Sekiranya seseorang itu mahu membersih kesemua asal kejadian tanah, air, api, angin, dan asal kejadian air yang hina dan syaitan yang berdamping semenjak dilahirkan maka hendaklah ia berselawat kepada Nabi s.a.w sebanyak 5 juta enam ratus ribu kali ( 5.6. juta ). Hikmah bilangan selawat sebanyak ini perlu dilakukan kerana di dalam tubuh badan manusia mempunyai 56,000 titik darah. Untuk mencuci satu titik darah yang kotor maka seseorang itu perlu berselawat 100 kali. Ini bermakna untuk memproses setitik darah tersebut perlu berselawat sebanyak lima juta enam ratus ribu kali (5.6. juta). Apabila seseorang murid tekun beramal dengan penuh ikhlas lillah, billah dan fillah insyaallah seseorang itu akan dapat mencapai kepada asal kejadian roh. Ketika itu bebaslah roh daripada cengkaman asal kejadian jasad dan muafakatlah jasad dengan asal kejadian roh. Maka, tercapailah matlamat tujuan asal Allah s.w.t ciptakan jin dan manusia seperti firman Allah s.w.t di dalam Surah Az‐Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Aku tidak ciptakan golongan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan mengabdikan diri kepadaKu”.

Seseorang yang dapat mencapai asal kejadian roh ini tidak takut lagi terhadap bala Allah dan tidak gembira terhadap nikmat Allah. Mereka hanya tahu keridhaan Allah saja. Segala masalah keduniaan sama saja bagi mereka. Bagi mereka,uang sama sahaja seperti dedaun yang kering, emas dan perak sama saja seperti tanah liat.

Contoh Seorang Yang Dapat Mencapai Asal Kejadian Roh

Peristiwa 1

Peristiwa ini pernah berlaku kepada Syeikh Mahmud. Ada seorang hamba Allah telah menghadiahkan uang sebanyak RM 100,000 kepada beliau untuk kegunaan peribadi. Beliau mengambilnya dan melihat uang tersebut dengan pandangan mata hatinya. Sedikitpun tidak mempunyai tanda bahawa beliau akan menggunakannya.uang itu datang hanya sebagai batu loncatan saja. Maka beliau menyuruh isterinya, Umi Kalthum menyimpannya. Secara kebetulan pada tahun tersebut syarikat pakej Haji dan Umrah anak lelaki beliau iaitu Mahyuddin mengalami masalah setelah rakan kongsinya menggelapkan uang yang telah dibayar oleh jamaah Haji dan Umrah. Maka, Muhyiddin mengadu masalah ini kepada Syeikh Mahmud. Setelah mendengar aduan tersebut, atas dasar membantu jemaah yang ingin melakukan ibadat di Tanah Suci dan mengelakkan mereka daripada teraniaya oleh penyangak-penyagak yang tidak bertanggungjawab, maka Syeikh Mahmud telah mengeluarkan uang sejumlah RM 100,000 yang telah disimpan sekian lama dan diserahkan kepada Muhyiddin untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Selepas peristiwa tersebut, Syarikat Pakej Haji dan Umrah tersebut jatuh bankrut dan hingga kini uang yang telah diberikan oleh Syeikh Mahmud masih belum dijelaskan. Padahal Syeikh Mahmud tidak ada hubungan langsung dengan syarikat tersebut. Bagi Syeikh Mahmud, peristiwa tersebut sedikitpun tidak terlekat di hatinya. Beliau hanya melihat sandiwara tersebut sebagai satu tesis ujian beliau yang terakhir sempena menamatkan pengajiannya selama 40 tahun di dalam mengharungi perjalanan kesufian. Hanya orang yang telah sampai kepada asal kejadian roh sahaja boleh berbuat demikian dan orang yang telah mencapai asal kejadian roh itu ada juga di antara mereka yang berkahwin, bekerja, makan, minum , bergaul dengan masyarakat, pergi ke pasar dan lain‐lain lagi keperluan yang manusia lakukan mereka juga melakukannya tetapi, hati dan roh mereka sentiasa mengingat,mengenang keagungan dan kebesaran Allah s.w.t di dalam setiap detik dan saat .Selain itu, roh mereka juga dapat bertemu dan berhubung dengan roh para Rasul, Nabi dan Auliya’ullah yang telah meninggal dunia sebelum daripada mereka.Walaupun jaraknya berkurun dan berabad lamanya. Hal ini kerana mereka telah bebas daripada cengkaman asal kejadian jasad.

Peristiwa 2

Peristiwa ini berlaku kepada Syeikh Mahmud ketika beliau dan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah melakukan kunjungan hormat ke Jakarta Indonesia untuk bertemu Timbalan Presiden Indonesia, Yusof Kala. Semasa pertemuan tersebut, Syeikh Mahmud menyampaikan salam dan amanah kerohanian dan kewalian Syeikh Yusof Khulti supaya Yusoff Kala menghidupkan semula perjalanan beliau di Indonesia. Sedangkan Syeikh Yusof Khulti telah meninggal dunia sekitar 300 tahun yang lalu. Sekiranya manusia yang masih berada di bawah cengkaman asal kejadian jasad bagaimana mungkin boleh bertemu dengan roh para nabi dan rasul dan juga para Auliya’ullah kerana mereka ini ketika di dunia dahulu adalah orang yang telah membebaskan diri mereka daripada asal kejadian jasad dan sekarang mereka berada di alam arwah ataupun alam barzakh. Justeru itu, manusia yang kembali kepada asal kejadian roh dan bebas daripada cengkaman asal kejadian jasad sahaja yang dapat menjelajah dan bertemu dengan roh‐roh yang tertentu dengan izin Allah s.w.t

Sekadar menyampaikan ilmu dari Tok Ayah yang disegani.
Tinggalkan Komen
Like
Be the first to like this post.
Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nama *

E-mel *

Tapak Web

Artikel Terkait: