Rabu, 12 Januari 2011

PEDIHNYA SAKARATUL MAUT


Tidak seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi kematian.

Ajal tidak mengenal harkat dan pangkat, siapa saja sama, apakah itu tua, muda, sehat, kaya atau miskin. Kapan saja dan di mana saja, manusia harus siap menghadapinya ketika waktunya sudah ditetapkan Allah SWT.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadistnya bahwa kesakitan ketika sakaratul maut itu seperti dikuliti 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Tidak ada yang mau nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w : “Perhatikanlah tiga perkara orang yang sedang sakaratul maut itu. Pertama: mengempis pelipis pipinya; kedua: berlinang air mata dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala ia mengeluh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan sakitnya azab Allah sedang menimpa dia.”(Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi). Kematian itu ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, ujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan
menjadi gelap dan keruh dan dia mengeluh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w:“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan sopan sementara roh orang kafir pula akan dihentak dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor anjing.”

Allah juga menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika
hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap
kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya
tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari
lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak
diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang
mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir,
kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit
berbahaya seperti kangker, jantung, Aids, denggi dan lain-lain.

Seorang yang sedang sakit keras, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana
Allah masih memberi peluang supaya mereka sadar akan kehilapan yang mereka
lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kehilapan. Begitu
juga halnya dengan orang mati mendadakn disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya
berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa
mengambil iktibar terhadap segala yang terjadi.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat
maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini karana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri
daripada kekasih Allah yaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.

Dia mungkin dicemooh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang
berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting
perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai
menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat,
tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain tipis ke atas
seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan
kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam
(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya
seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda
tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak
mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita dihadang untuk bertanya
kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.

Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap
akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam disarankan memberi nasihat kepada
keluarga si mati supaya bertenang dan banyak bersabar.

Islam melarang sikap berlebihan seperti menjerit dan meratapi kematian.

Mereka yang masih hidup, waktu harus dimanfaatkan untuk memperbaiki keadaan
diri yang ternyata sudah banyak melakukan kehilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga
tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah SWT.

Artikel Terkait: